Friday 4 March 2011

Blockbuster Akan Datang

Kaki wayang pasti akan ternanti-nanti filem-filem terhebat yang bakal menggegar panggung tahun ini. Berikut adalah 'preview' blockbuster yang akan ditayangkan

MAC

1. RED RIDING HOOD

 Lupakan karakter Red Riding Hood dalam kisah dongeng barat,seorang kanak-kanak perempuan yang melawat neneknya yang sakit di hutan,sambil diburu oleh seekor serigala. Versi terbaru oleh Warner Brothers ini akan melakar semula kisah dongeng ini dengan saduran ala Twilight. Filem ini diarahkan oleh Catherine Hardwicke yang juga pengarah yang mempopularkan filem Twilight yang menjadi kegilaan remaja kini. Red Riding Hood atau Valerie dilakonkan oleh Amanda Seyfried (Jennifer's Body,Mamma Mia),seorang perawan yang terperangkap dalam cinta tiga segi. Beliau telah melarikan dirinya bersama pilihan hatinya ke dalam hutan tanpa mengendahkan ancaman serigala jadian yang semakin mengganas. Valerie tidak mengetahui bahawa ancaman itu lebih hampir dengannya daripada yang beliau sangkakan. Di US Red Riding Hood ditayangkan pada 11 Mac.

2. BATTLE: LOS ANGELES

Satu lagi filem mengenai 'penjajahan' alien terhadap bumi. Pengarahnya,Jonathan Liebesman menggunakan fakta-fakta sejarah mengenai kedatangan UFO sebagai latarbelakang filem ini. Seperti filem Skyline (dan 1000 filem alien sebelumnya),makhluk asing yang datang ini berniat untuk melenyapkan populasi dunia dalam serangan besar-besaran. Kesan khas yang digunakan dalam trailer menunjukkan betapa menggerunkan serangan makhluk asing ini. Skalanya menyamai filem Independence Day. Makhluk asing telah berjaya menumpaskan pertahanan bumi. Kini tinggal satu lagi pusat pertahan di Los Angeles yang menjadi harapan penduduk dunia, Filem ini dibintangi oleh Aaron Eckhart,Michelle Rodriguez dan Ne-Yo.

3. MARS NEEDS MOM
Bila ibu kita ada di sisi,jarang kita hargai jasa dan pengorbanan mereka. Sehinggalah mereka tiada lagi. Begitulah yang berlaku pada Milo (Seth Green) yang ibunya telah diculik oleh makhluk asing (lagi...) dari Marikh untuk menjadi pengasuh kepada anak-anak makhluk asing tersebut. Bermulalah pengembaraan Milo untuk mengembalikan ibunya ke pangkuan asal. Diterbitkan oleh Walt Disney,animasi ini pastinya kelas tertinggi.

4. PAUL
Bersesuaian dengan bulan Mac(3),Hollywood menyajikan kita dengan 'hatrick' filem yang bertema 'alien'. Dua orang pengembara dari UK ke US terserempak dengan makhluk asing yang bernama Paul yang telah tersesat jauh dari kapal angkasanya. Dengan niat untuk mengembalikan Paul,bermulalah kisah lucu persahabatan manusia dan makhluk asing. Dibintangi oleh 'duo' yang menggegar panggung dalam Shaun of The Dead dan Hot Fuzz,serta Seth Rogen sebagai Paul pastinya menggeletek duodenum kita.

5. DYLAN DOG
Brandon Routh pernah menggegar sinema ketika memegang watak Superman dalam Superman Returns pada tahun 2006. Kini beliau kembali dalam filem bertema 'Supernatutal' pula. Wataknya,Dylan Dog adalah seorang pemburu makhluk halus dan raksasa seperti vampire,zombies dan warewolf. Dylan Dog merupakan adaptasi komik Itali mempunyai tema yang hampir sama dengan Constantine yang juga merupakan adaptasi komik. Filem ini ditayangkan di US pada April tetapi lebih awal di Eropah.

No comments:

Post a Comment